Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hancur Hati Lepas Tahu...

BETAPA hancurnya hati seorang bapa selepas menyedari anak lelaki yang dibesarkannya selama 32...

Ketua Wanita Pertahan Demo...

SUSULAN protes sekumpulan penduduk Taman Medan, Petaling Jaya yang menggesa salib di sebuah gereja...

14 Suspek Kes Pornografi...

RIO DE JANEIRO - Polis Persekutuan Brazil pada Khamis berkata mereka telah memberkas...

Terima Pelantikan Muhyiddin Tanpa...

KUALA LUMPUR - PAS mendukung kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan...

Pusat Pemindahan Labuan Ditutup Hari Ini

LABUAN – Pusat pemindahan sementara Balai Bomba Layangan yang menempatkan 41 mangsa banjir dan tanah runtuh daripada lima keluarga sejak Khamis lepas ditutup pukul 4.30 petang ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin memberitahu Bernama bahawa 15 mangsa banjir dari Kg Ganggarak dan enam dari Kg Sg Bangat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir di kampung mereka dilaporkan surut Sabtu lepas.

“Lapan mangsa tanah runtuh dari Kg Sg Bedaun meninggalkan pusat pemindahan pada Isnin (semalam) dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah saudara terdekat,” katanya.

Zainal berkata 12 mangsa tanah runtuh dari Tanjung Kubong, kumpulan terakhir meninggalkan pusat pemindahan itu, akan ditempatkan sementara di beberapa rumah sewa yang disediakan Baitulmal Labuan di Sg Bedaun dan Kg Pantai.


“Baitulmal tampil membantu kesemua mangsa dengan menyediakan beberapa rumah sewa. Kami sediakan kemudahan logistik kepada mangsa bagi memudahkan kerja mengangkut barangan keperluan serta tilam ke rumah berkenaan,” katanya.

Kampung-kampung yang terlibat dalam bencana itu ialah Kg Sg Bedaun, Kg Ganggarak, Kg Sg Bangat, Tanjung Kubong, Belukut, Kg Bebuloh Darat dan Kg Lubok Temiang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]DZg26R_iUYs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori