Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bekenu Di Sarawak Perlu...

KUALA LUMPUR - PAS Sarawak mendakwa kejadian tiga buah rumah gagal diselamatkan dalam...

Latih Amal Polis Kuala...

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur membuat persiapan rapi dalam memastikan kelancaran perjalanan...

Cadangan Wujud Bank Data...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengkaji dan meneliti mekanisme pelaksanaan cadangan...

Penstrukturan Tol, Inisiatif Sejak...

Kuala Lumpur : Penstrukturan tol yang menyaksikan tiada kenaikan kadar tol bagi empat...

Puteri Sulung Raja Muda Perlis Terima Ijazah Di Australia

KUALA LUMPUR – Sharifah Khatreena ‎Nuraniah, puteri sulung Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, menerima ijazah daripada University of Melbourne, Australia semalam.

Menurut kenyataan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, puteri berusia 20 tahun itu menerima ijazah Bachelor of Arts (Double Major in International Relations and Politics) pada konvokesyen universiti tersohor itu yang disampaikan Timbalan Canselornya Ross McPherson.

Turut meraikan kejayaan itu ialah ayahanda dan bonda serta adinda-adinda Sharifah ‎Farah Adriana, 14 dan Syed Sirajuddin Areeb Putra, 6, yang menghadiri istiadat penuh gilang gemilang sarat dengan tradisi yang diadakan di Royal Exhibition Hall, Melbourne.

Turut hadir mengiringi baginda berdua ialah Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne Westmoreland Palon.

Sharifah Khatreena Nuraniah dilahirkan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 10 Feb 1995 dan mendapat pendidikan awal di Inter-Community School (ICS) of Zurich di Zumikon, Switzerland ketika ayahandanya berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan Switzerland, Austria dan Eropah Tengah bagi Malaysia Airlines.


Sharifah Khatreena Nurainiah juga menceburi perniagaan dengan memanfaat masa lapangnya semasa masih belajar untuk mencipta beg tangan, tudung muslimah dan fesyen pakaian berjenama ‘H.H. Sharifah Khatreena’ atau ‘HHSK’ untuk syarikat miliknya yang diasaskan pada 2014 dengan outlet pertamanya di Kuala Lumpur.

Puteri juga pernah mengikuti program menghadapi bencana termasuk ‎’First Aid Courses In Every Government Department’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis,‎ ‘Disaster Management Workshop’ oleh International Disaster Response Network (IDRN), Colorado Spring dan bengkel ‘Towards the Building of Self Excellence’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]iebRSrThoCQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori