Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

China Perantara Terbaik Kemelut...

KUALA LUMPUR - Krisis Malaysia dan Korea Utara sejak berlakunya kes pembunuhan Kim...

Michael Schumacher Akan Pulih...

SEORANG doktor Perancis yang merawat Michael Schumacher, Dr. Jean-Francois Payen berkata, bekas bintang Formula One...

Krisis Antara Lan Solo...

SUBANG JAYA-  Penyanyi Lan Solo mengakui krisis di antaranya dengan kumpulan Kristal sebelum...

Tiada Masalah Bekalan Vaksin...

PUTRAJAYA - Tiada masalah dari segi bekalan vaksin untuk menangani wabak bronkitis berjangkit...

Que Puteh Bakal Taja TRW Musim Depan?

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, optimis mendapatkan sebanyak mungkin tajaan bagi menaikkan semula prestasi skuad The Red Worriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Terbaharu, beliau mengesahkan pertemuannya dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida kelmarin bagi merealisasikan permintaan rakyat Kelantan yang mahu melihat pengeluar produk kecantikan ‘Qu Puteh’ dan jus Pamoga itu menaja pasukan kesayangan mereka.

Desakan itu timbul selepas pemilik syarikat kosmetik berasal dari Machang, Kelantan itu sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk menaja pelbagai program hiburan dan realiti televisyen termasuk Gegar Vaganza 2015. Pun begitu, Annuar berkata masih banyak lagi perkara perlu diperhalusi antara kedua-dua belah pihak sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Ya kami memang ada makan malam bersama dengan beberapa rakan dari China.. tapi Qu Puteh belum tersenarai sebagai penaja TRW 2016 walau kami memang ada berbincang mengenainya malam tadi (kelmarin).

“KAFA masih belum ada tajaan yang cukup. Namun setiap tajaan perlu di bincang terma dan syarat, usaha harus dan sedang diteruskan lagi Insya Allah,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya semalam.

Sebelum ini, Annuar pernah dilaporkan berkata walaupun kedudukan penajaan dan kewangan KAFA terhad, pihaknya bersetuju untuk terus berusaha dan mengambil pendirian ‘bergadai gobek’ (berbelanja) demi membentuk pasukan yang kuat nanti.


Kerajaan Kelantan sebelum ini bersetuju mengetepikan bayaran cukai levi hiburan daripada perlawanan bola sepak di negeri ini bagi 2014 dan 2015 berjumlah RM517,974.10. Sementara itu, Vida dalam satu kenyataan menerusi laman Instagram meminta semua peminat pasukan Kelantan berdoa supaya kerjasama berkenaan dapat dicapai dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah. Sama-sama kita doakan. Semoga ada persetujuan sepakat dan yang terbaik untuk TRW,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan KAFA sehingga kini sudah mendapat penajaan lebih RM5 juta bagi 2016, meningkat sedikit berbanding musim ini. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]sx7WtuTksyg[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori