Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pogba Perkuat United Lawan...

  PAUL POGBA mendedahkan perkhabaran baik buat penyokong Manchester United apabila kembali menjalani latihan...

Kekal Beku Kenaikan Kadar...

PETALING JAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan keputusan membekukan semua kenaikan kadar...

Kartun Tom & Jerry...

KAHERAH - Kartun kegemaran ramai yang sudah 70 tahun menghiburkan penonton seluruh dunia,...

2 Petinju Terkuat Dunia...

WASHINGTON DC - Nampaknya aksi tinju perlawanan 'mega abad ini' antara Flyod Mayweather...

Rakyat Malaysia Tidak Boleh Pandang Serong Antara Kaum

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak boleh mempunyai pendirian yang serong di antara satu sama lain dalam mendapani cabaran tahun baru 2016.

Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai berkata, rakyat Malaysia harus mendukung dan menegakkan nilai-nilai penerimaan, penghormatan dan menghargai pengorbanan mereka yang pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

“Dalam usaha berterusan tanah air untuk mencapai status negara maju di peringkat global, adalah amat penting bagi kita untuk bukan sahaja mengetepikan perbezaan, malah turut mempertahankan kepelbagaian budaya yang menjadi keunikan negara tercinta ini.

“Saya berasa bangga di atas semangat ketahanan jitu negara ini walaupun kian berdepan dengan segala cabaran,” katanya dalam perutusan Tahun Baru 2016 beliau hari ini.

Tiong Lai berkata, beliau membuat saranan itu kerana negara sedikit sebanyak turut menerima kesan unsur-unsur perpecahan yang kian mengancam perpaduan negara.

Menurut beliau, dengan dunia berkembang ke arah globalisasi, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati nilai-nilai murni yang mencerminkan sifat warganegara.


Beliau dalam pada itu tidak menafikan 2015 merupakan tahun yang mencabar buat seluruh warga Malaysia terutama daripada sudut ekonomi.

“Kita juga tidak bersendirian di mana seluruh dunia turut berdepan cabaran pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

“Sedang kita mengorak langkah menuju ke tahun baru, yakinlah bahawa kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bertujuan untuk meringankan beban kewangan Rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori