KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 diluluskan di Dewan Negara malam ini selepas hangat dibahaskan sejak 7 Disember lalu.
Perbahasan rang undang-undang itu menarik perhatian kira-kira 20 ahli Dewan Negara yang berbahas mengenai pelbagai isu semasa yang sebelum ini turut mendapat perhatian ahli Dewan Rakyat.
Sebelum itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, membentangkan rang undang-undang untuk bacaan kali ketiga yang kemudiannya disokong Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique.
Rang kemudian diluluskan kira-kira 10.10 malam ini di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Doris Sofia Brodi. Rang undang-undang itu sebelum ini dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 23 Oktober lalu di Dewan Rakyat dan diluluskan pada peringkat dasar pada 16 November lalu. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]g5ayo3Iokhs[/wpdevart_youtube]