Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PAN Mahu RCI Tragedi...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)...

Pelancong Malaysia Ada Video...

PERTH - Seorang pelancong Malaysia diusir dari Australia semalam selepas video memaparkan ‘seks...

SPR Perlu Jamin Hak...

JOHOR BAHRU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) melahirkan kebimbangan mengenai hak mengundi kira-kira 200,000...

5 Suspek Terlibat Penipuan...

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan seorang lagi lelaki tempatan kerana...

Rani Kulup Dapat Gelaran Datuk Paduka Dari ‘Sultan Melaka’?

INDIVIDU yang dikenali dengan gelaran ‘Raja Report Malaysia’ Abdul Rani Kulup Abdullah sememangnya sudah tidak asing lagi buat kita.

Mengenakan cara pemakaian lain daripada orang  lain, Rani Kulup yang terkenal dengan tagline ‘kipidap dongibab’ kini sering muncul di kaca TV setelah membuat banyak laporan polis mengenai isu semasa.

Dikatakan, Selebriti Azwan Ali yang terkenal dengan keceluparan mulutnya sendiri pun pernah angkat kaki apabila dia diberi amaran oleh Rani Kulup.

Ya, dalam banyak-banyak akhirnya Diva AA agak gentar juga dengan Ayahanda Rani Kulup, memang kipidap betul!

Baru-baru ini, di halaman rasmi Facebooknya, Rani Kulup dikatakan telah berkongsi gambar dia dikurniakan darjat Paduka Baginda oleh ‘Sultan Melaka’ sewaktu menghadiri majlis keputeraan yang dirahsiakan tempatnya.

Di majlis tersebut, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Melaka (DPMM) kepada Rani Kulup yang membawa gelaran ‘Paduka Baginda’ di awalan namanya.

rani k

rani k3

rani k4


Menurut setiausahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Raja Ismail, Raja Noor Jan Shah yang menggunakan gelaran Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni almarhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah hanya mengurniakan darjah kebesaran itu kepada individu yang benar-benar berbakti kepada masyarakat.

Seperti yang diketahui, Abdul Rani Kulup yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hingga kini memegang rekod membuat laporan polis terbanyak dalam sehari iaitu 13 kali.

Mungkin disebabkan kerajinannya membantu usaha membenteras jenayah walaupun dengan hanya membuat aduan, menyebabkan Abdul Rani Kulup dianugerahkan darjah Paduka Baginda tersebut, agaknya.

Berita ini sudah semestinya membuatkan kerabat-kerabat institusi DiRaja ‘geleng kepala’ melihatkan situasi yang semakin pelik, khususnya  bagaimana seseorang yang belum disahkan sebagai pewaris diberikan kuasa memberi pangkat kepada masyarakat, apatah lagi darjah kebesaran kurniaan dari ‘kerajaan’ yang tidak diiktiraf oleh Malaysia.

Apa pun, caption download tuanku, sembah patik harap diupload memang win! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq Ehsan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori