Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tengking Sebab Salah Faham...

Shah Alam : Salah faham mengenai nombor giliran menyebabkan berlaku kejadian kakitangan Majlis...

10 Pelajar Cemerlang Teruja...

GEORGE TOWN - Sepuluh pelajar cemerlang dari seluruh negara hari ini berkongsi keterujaan...

PRN Johor: Gelanggang DUN...

MUAR : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong menyaksikan pertandingan empat penjuru...

‘Tak Sabar’ Nak Tengok...

SEORANG wanita melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan dalam pesawat ketika penerbangan ke...

Rayani Air Sasar 10 Tahun Manfaat Pasaran Umrah Dan Haji

LANGKAWI – Rayani Air, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, menetapkan sasaran 10 tahun untuk mewujudkan rangkaian bagi memanfaatkan pasaran umrah dan haji, kata Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari.

Beliau berkata untuk permulaan, syarikat penerbangan itu yang baharu sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam untuk beroperasi, mengambil ‘langkah kecil’ untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah undang-undang Islam dalam operasi mereka sebelum melaksanakan lebih banyak rancangan dalam beberapa tahun akan datang.

Penerbangan Pertama Rayani Air Berlepas Pagi Ahad

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam memperkemaskan langkah kami dari semasa ke semasa dan hasrat utama kami adalah memanfaatkan pasaran (umrah dan haji),” katanya kepada pemberita selepas tiba dengan penerbangan sulung Rayani Air dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di sini hari ini.

Katanya Rayani Air telah memperoleh dua buah pesawat Boeing 737-400 untuk menawarkan perkhidmatan di KLIA2 di Kuala Lumpur dan Kota Baharu (Kelantan) dengan LIA sebagai hab operasi mereka, sebelum Kuching dan Kota Kinabalu pada tahun depan.


“Harapan kami keputusan menjadikan Langkawi sebagai hab operasi akan menyumbang ke arah menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan iaitu pelancong akan datang ke sini dahulu sebelum ke destinasi pelancongan lain di negara ini,” katanya.

Syarikat penerbangan itu turut merancang untuk menambah dua buah lagi pesawat Boeing 737-400 dan dua 737-800 dalam kumpulan pesawat mereka menjelang 2017 sebagai langkah untuk meningkatkan laluan domestik dan kekerapan penerbangan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LxU-x_WAp6A[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori