Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Tidak Semestinya...

KUALA LUMPUR - DAP membayangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr....

Lebih 50,000 Dijangka Hadir...

PUTRAJAYA - Lebih 50,000 dijangka hadir pada sambutan Bulan Kebajikan Negara (BKN) 2017...

LTdL 2019: Genting Beri...

PUTRAJAYA - Genting Highland tidak hanya akan kembali sebagai laluan dalam Le Tour...

Setuju Tambah Baik Kemudahan...

Kuala Lumpur : Mesyuarat jemaah menteri bersetuju menambah baik pemberian kemudahan sedia ada...

Remaja Dipukul Kerana Enggan Pasang Wayar Pemain DVD

KEPALA BATAS – Seorang remaja lelaki cedera dipukul seorang penganggur yang dikenalinya selepas enggan memasang wayar pemain DVD di sebuah rumah di Kampung Kuala Muda, Penaga dekat sini Sabtu lepas.

Jurucakap polis berkata remaja berusia 15 tahun itu hanya membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan semalam selepas diugut akan dicederakan dan dilanggar dengan kereta oleh suspek berumur 39 tahun tersebut.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai pengait pukat berada di rumah yang digunakan nelayan di situ untuk mengait pukat atau berehat.

“Lelaki yang tinggal di Kuala Muda itu datang ke rumah itu dan menyuruh mangsa memasangkan wayar pemain DVD yang terdapat di ruang tamu tetapi remaja berkenaan meminta suspek menunggu sebentar kerana hendak menyiapkan kerja mengait pukat,” katanya di sini pada Selasa.

Katanya penganggur itu terus marah dan menyerang remaja berkenaan dengan menggunakan buluh serta terus memukul, menampar dan memijak badan mangsa.

Jurucakap itu berkata suspek turut mengugut akan memukul dan melanggar mangsa sehingga mati sekiranya dia membuat laporan polis.


“Dia terus meninggalkan rumah itu sebaik beberapa nelayan datang ke situ selepas mendengar pergaduhan berkenaan. Mangsa mengalami luka dan lebam di mata, tangan serta badan,” katanya.

Menurutnya remaja itu dihantar ke Hospital Kepala Batas dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Beliau berkata usaha mengesan lelaki yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori