Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Arab Saudi Cipta Sejarah...

ARAB Saudi melantik seorang wanita mengetuai sebuah bank, mencatat sejarah sebagai wanita pertama...

Rabies: Dua Kanak-Kanak Di...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan dua orang kanak-kanak yang...

Selamba Biar Anak Conteng...

SERING sahaja kita mendengar keluhan masyarakat tentang sikap ibu bapa yang tidak kisah...

Pernah Diiktiraf Menteri Kewangan...

PORT DICKSON – Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik bagi pengundi Port...

Remaja Yang Langsung Tak Boleh Gerakkan Kaki, Kini Juara Renang

SEORANG remaja dari India yang menghidap Osteogenesis Imperfecta hingga menyebabkannya tidak boleh berdiri, telah berjaya menjadi juara dalam bidang renang.

Moin Junnedi, 18, dari Belgaum di Karnataka kini menetapkan sasaran untuk mencapai pingat emas dalam sukan Paralimpik dunia.

Moin mempunyai lebih 300 bahagian yang patah di badannya hingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Kekurangan berkenaan hanya di atas daratan tetapi sebaik sahaja masuk ke dalam air, Moin merupakan perenang pantas.

“Sebaik sahaja saya terjun ke dalam air, walau dalam apa keadaan sekalipun, saya tidak pernah merasa kekurangan diri. Saya suka berenang dan mahu menjadi perenang terbaik dunia,’’ katanya.

Moin membuktikan kata-katanya itu apabila berjaya meraih emas dalam International Wheelchair and Amputee Sports World Junior Games pada 2013 yang diadakan di Puerto Rico.

Dia yang mempunyai ketinggian hanya 18 inci menghabiskan kehidupannya dengan bergerak menggunakan kerusi roda.


Moin, mengalami kecederaan patah tulang ketika berusia sembilan tahun dan apabila umurnya mencecah dua tahun, dia sudah mengalami lebih 50 keretakan tulang.

“Dia sedang merangkak ketika saya mendengar bunyi retak. Pada mulanya kami tidak menyangka tulangnya patah tetapi apabila dia menangis selama dua jam, barulah kami membawanya bertemu doktor.

“Doktor memaklumkan bahawa penyakit itu tiada ubatnya,’’ kata ibu Moin, Kauser Banu. - MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]hWml4eo9Lig[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori