Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Ke Rio,...

ALOR SETAR - Rakyat Malaysia yang berkunjung ke Brazil bagi menyaksikan temasya Sukan...

Unit Amanah PNB Beri...

TAPAH - Pengenalan pelbagai unit amanah oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah memberi...

RUU Tak Lulus Sebab...

UMNO berkata Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, tidak lulus di Dewan...

Cat, Stensil Serpihan Milik...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan bahawa...

RM20 Juta Diperuntuk Mendalamkan Sungai Terengganu

HULU TERENGGANU – Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi mendalamkan muara Sungai Terengganu untuk memastikan kelancaran aliran air sungai dari Hulu Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerja mendalamkan sungai berkenaan akan bermula awal tahun depan atau selepas banjir pulih sepenuhnya.

“Kita telah menerima kertas kerja daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mendalamkan sungai berkenaan di beberapa tempat,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Kepah di sini Selasa.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga menunggu laporan kajian hidraulik oleh JPS mengenai sama ada perlu membuang Pulau Pasir di muara sungai Terengganu bagi melancarkan aliran air sungai.


“Kini, hujan tak sampai satu hari, air dah mula naik dan penduduk terpaksa dipindahkan, tidak macam sebelum ini, banjir akan berlaku kalau hujan berterusan sehingga empat hari.

“Ini yang perlu dilihat balik dan JPS kena lihat perkara ini berlaku adakah kerana faktor sungai yang cetek ataupun sistem perparitan yang bermasalah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori