Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kecoh 4 Penumpang Qantas...

BRISBANE - Syarikat penerbangan kebangsaan Australia, Qantas berjaya menerbangkan empat 'penumpang' bertaraf VIP...

Tawaran Menarik Pullman Putrajaya...

PUTRAJAYA - Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60 negara bulan depan,  Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan promosi menarik pada kadar RM60 merangkumi...

Laporan Media Asing Mampu...

PADANG TERAP - Kebergantungan pihak pembangkang terhadap laporan media asing bagi menjatuhkan pemimpin...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit pagi ini kepada 2,100...

RM200 Juta Untuk Amanah Ikhtiar Bantu Golongan Miskin Berniaga

LANGKAWI – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasarkan untuk memberi pinjaman mikro kredit kepada 54,000 orang termasuk anak peminjam sedia ada bagi memulakan perniagaan pada tahun hadapan.

Pengerusi Eksekutif AIM Dr Zubir Harun berkata jumlah itu mampu dicapai berikutan peruntukan RM200 juta yang diterima badan berkenaan di bawah Bajet 2016.

Menurutnya peruntukan itu adalah yang paling besar pernah diterima AIM daripada kerajaan yang menyatakan komitmen membantu golongan B40 atau isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.

“Sasaran bantuan kita di bawah B40 adalah kira-kira 54,000 orang termasuk Gen-Y (mereka yang dilahirkan di antara 1980 dan 2000) anak peminjam sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Wanita AIM di sini Ahad.

Zubir berkata kejayaan yang dicapai kumpulan miskin yang telah dibantu AIM dalam perniagaan mereka turut meyakinkan kerajaan untuk meningkatkan peruntukan yang diberikan.

“Perdana Menteri memang berhasrat membantu golongan ini dan saya sendiri telah berjumpa dengan beliau yang telah memberi maklum balas segera meluluskan peruntukan ini,” katanya


Zubir berkata penerima bantuan AIM dikenali sebagai Sahabat AIM yang kini seramai kira-kira 360,000 orang di seluruh negara juga telah menunjukkan komitmen tinggi membayar balik pinjaman mengikut jadual di mana lebih 98 peratus telah berbuat demikian.

Menurutnya AIM juga mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Sahabat AIM mulai tahun ini sebagai kaedah memberi ruang kepada anggota yang berkemampuan membantu secara kolektif anggota lain yang mempunyai masalah membayar balik pinjaman mengikut jadual.

Pada masa sama, Zubir berkata, beliau telah meminta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya untuk membantu memperuntukan tapak yang bersesuaian bagi memudahkan anggota Sahabat AIM di sini menjalankan perniagaan mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori