Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tukang Masak Dedah Rejim...

WANITA mana yang tidak mengidamkan tubuh langsing persis supermodel terkenal dari Brazil, Gisele...

BSN Tidak Pernah Tawar...

KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menjelaskan bahawa ia tidak...

Duta Arab Yakin Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Duta-duta Arab di Malaysia yakin kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana...

Video: Budak Pamer Kekayaan...

SEORANG kanak-kanak dari China menjadi sensasi di Internet selepas memuat naik sebuah video...

Rompak Kedai Emas Dengan Tukul Besi

KUALA LUMPUR – Sebuah pemilik kedai emas kerugian kira-kira RM80,000 selepas dirompak dua individu yang bersenjatakan tukul besi di Jalan Maxwell, Rawang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata dalam kejadian 3.20 petang itu, dua suspek yang memakai topi keledar serta sarung tangan telah masuk ke kedai itu sebelum bertindak memecahkan cermin ruang pameran barang kemas.

“Ketika kejadian, empat wanita pembantu kedai berada di ruang pameran itu. Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pembantu kedai terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada pelanggan ketika kejadian itu berlaku.


Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. – BERNA

[wpdevart_youtube]2n4Vr8V_TXI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori