SINGAPURA – Bintang sensasi Piala Dunia FIFA 2002 Korea Selatan/Jepun, Ronaldinho Gaucho dari Brazil akan berada di Singapura minggu depan untuk menubuhkan akademi bola sepaknya di pulau republik ini.
Menurut kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), beliau bakal menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak Tampines Rovers FC dan International Football Group.
Kedua-dua kelab tempatan terkenal itu masing-masing merupakan juara dalam Liga S sebanyak lima kali, dan menerusi MoU tersebut, mereka dijangka menubuhkan Akademi Bola Sepak Ronaldinho di sini.
Semasa mengunjungi Singapura, sebelum majlis penandatanganan MoU itu pada 10 Disember, bintang berusia 35 tahun tersebut juga akan menunjukkan cara penggunaan e-skuter yang tengah hangat dipromosikannya.
Media tempatan melaporkan, pemain terbaik dunia FIFA pada 2004 dan 2005 itu turut akan ke Kolej ITE bagi sesi bertemu peminat pada keesokan harinya, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak FAS.
Ronaldinho sebelum ini pernah diwar-warkan menyertai pasukan JDT di selatan Malaysia sebelum akhbar Singapura melaporkan jirannya pula, Pahang turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA