Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Hopkins Aktor Paling Tua...

LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Anthony Hopkins memenangi kategori pelakon terbaik dalam Anugerah...

Video: Dok Busy Rembat...

SEMALAM tular menerusi laman YouTube apabila rakaman video menunjukkan dua orang lelaki sedang...

Bunuh Bos Hanya Kerana...

GILA…seorang gadis yang menjadi bos pada usia 19 tahun di sebuah kedai kain,...

KDN Perbaiki 7 Rating...

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperbaiki tujuh rating negatif dinyatakan Laporan...

Rumah Tangga Bergolak: Adam Shah Mohon Jangan Jadi Batu Api

RUMAH tangga mana yang tidak pernah diuji. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Begitu jugalah yang berlaku kepada pasangan selebriti Adam Shah dan Fatin Afeefa.

Baru-baru, Fatin Afeefa telah memuat naikkan satu screenshot perbualan suaminya dengan wanita lain.

Berdasarkan perbualan itu, dua individu tersebut dilihat sedang merancang untuk berjumpa namun akhirnya pertemuan itu dibatalkan kerana hari telah lewat.

Mesej tersebut turut mengandungi sebentuk love emotion, yang pastinya boleh mencetuskan rasa amarah dan kurang senang pada isteri yang membacanya.

Rumah-Tangga-Fatin-Afeefa-Adam-Shah-Kini-Bergolak-ROTIKAYA_in

Bagaimanapun, Fatin kemudian dilihat memadam gambar tersebut dan berkongsi gambar kata-kata seakan luahan rasa yang dialaminya ketika.

Rumah-Tangga-Fatin-Afeefa-Adam-Shah-Kini-Bergolak-in


Malah, gara-gara kecewa dengan sikap suaminya, pelakon filem Tentang Bulan ini turut memadam gambar Adam dalam Instagramnya.

Dalam pada itu, Adam menerusi Instagramnya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan sedang membaiki dirinya.

Pada masa yang sama, pelakon Juvana ini turut memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarganya dan tidak menjadi batu api yang bolh mengeruhkan lagi keadaan.

“Kita hanya manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan, begitu juga saya.. Saya akui kesilapan saya, saya tersasar dari landasan. Saya sedang perbaiki kesalahan saya. Hari ini untuk saya, mungkin esok kamu semua.. Sebagai manusia, doakanlah yang baik-baik untuk kita semua. Tuhan uji kita dalam pelbagai cara. Jauhi dari menjadi BATU API,” tulisnya.

Diharap semoga pasangan ini dapat berbincang sebaiknya dan hubungan mereka kembali pulih seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=UqVkpydiPk4]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori