Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PM Sepanyol Minta Rakyat...

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mencadangkan cara unik mengurangkan rasa rimas...

Mahathir Sah Diarah Serah...

KOTA BHARU - Istana Kelantan di sini secara rasmi menarik balik pingat kebesaran...

Dah La Penat Berjalan,...

SEBUAH video pendek berdurasi 22 saat dimuat naik oleh stesen CCTV NEWS, di China...

19 Cedera, Khemah Ekspo...

ALOR SETAR - Sembilan belas orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri...

Saya Akan Pastikan Janji Kepada Sarawak Ditunaikan

BARAM (Sarawak) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan beliau akan memastikan setiap janji kepada penduduk Sarawak ditunaikan, termasuk memberi peruntukan tambahan jika diperlukan.

“Ingat wakil-wakil rakyat… apabila berjanji mesti ditepati. Kalau lambat, saya akan susuli kerana kita adalah kerajaan yang prihatin,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Long Bemang di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom, Anggota Parlimen Baram Anyi Ngau dan Anggota Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau.

Ahmad Zahid, yang dalam lawatan kerja dua hari ke Bahagian Miri di Sarawak, turut mengingatkan penduduk negeri ini agar tidak terpengaruh dengan janji kosong yang ditabur pembangkang.

Beliau berkata sebaliknya, hubungan erat antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang sedia terjalin perlu dikekalkan agar setiap perancangan pembangunan lebih mudah.

“Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bekerja keras untuk rakyat Sarawak.

Beliau mempunyai hubungan istimewa dengan perdana menteri. Justeru, pada pembentangan Bajet 2016, negeri ini menerima peruntukan berjumlah RM1.54 bilion untuk menaik taraf infrastruktur asas negeri,” katanya.


Beliau turut menegaskan penduduk Sarawak sememangnya layak menerima peruntukan besar tersebut.

Rumah panjang Long Bemang yang wujud sejak 1947 merupakan kawasan penempatan masyarakat Kayan.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan berjumlah RM2.5 juta untuk kerja-kerja pembesaran gereja dan jeti di penempatan berkenaan.

Bersempena lawatannya ke penempatan itu, masyarakat di situ memberi nama dalam bahasa Kayan, ‘Ngau Deng’ kepada Ahmad Zahid. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori