Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Vokal Dikritik Tidak Halang...

PETALING JAYA - Ketika kemampuan vokal Fattah Amin menerusi lagu Wanita Terakhir mendapat...

Tiada Pemimpin Dalam PH...

SEPANG – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa tiada pemimpin dalam...

Majikan Semakin Yakin Terhadap...

PUTRAJAYA - Majikan semakin yakin terhadap kemahiran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional...

Curi ‘Sleeping Buddha’, Dua...

GEORGE TOWN - Gara-gara mengambil sebuah patung Buddha tanpa kebenaran, dua rakan dijatuhi...

Selangor Buat Bengkel Bincang Kesan Penggunaan Vape

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan bengkel khas awal tahun depan bagi membincangkan kesan penggunaan vape terutama kepada generasi muda, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata keputusan sama ada mahu mengharamkan penggunaan vape di Selangor bergantung kepada hasil rumusan daripada perbincangan bengkel itu yang akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dr Daroyah Alwi.

“Bengkel ini akan disertai wakil dari Kementerian Kesihatan, pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan untuk melihat kesan penggunaan vape terhadap kesihatan pengguna.

“Kerajan negeri tidak mahu mengambil sebarang tindakan tergesa-gesa (untuk mengharamkan vape) tanpa mendapat maklum balas dan pandangan dari pihak profesional termasuk doktor dan golongan belia.

“Kami tidak mahu wujudnya kesan sosial sekiranya isu penggunaan vape tidak ditangani dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Mohamed Azmin ditanya sama ada Selangor akan mengikut jejak langkah kerajaan Johor dan Kelantan dalam mengharamkan penjualan vape.


Dalam perkembangan lain, beliau menepis dakwaan Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin bahawa terdapat projek pembalakan bernilai RM45 juta yang diserahkan kepada dua syarikat tanpa melalui proses tender.

“Semua proses perolehan di Selangor semenjak 2008 dibuat secara tender terbuka. Menteri Besar tak pernah terlibat dalam proses (tender) itu,” katanya.

Badrul Hisham dilapor sebagai berkata projek pembalakan tersebut adalah untuk membersihkan kawasan hutan bagi projek jajaran talian penghantaran elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori