ATLANTA – Ribut dan hujan lebat melanda bahagian tengah Amerika Syarikat pada Rabu dan pihak berkuasa bimbang mengenai kerja menghias di luar rumah menjelang perayaan Krismas, esok.
Pihak berkuasa berkata, sebatang pokok yang menghempap sebuah rumah di Arkansas menyebabkan seorang wanita berusia 18 tahun terkorban sementara seorang kanak-kanak berusia setahun terperangkap di dalamnya.
Anggota penyelamat dapat mengeluarkan kanak-kanak itu dengan selamat.
Mengikut Pusat Ramalan Ribut Kebangsaan di Oklahoma, ancaman terbesar puting beliung dijangka membadai wilayah yang mempunyai 3.7 juta penduduk iaitu di Mississippi, Tennessee dan Arkansas dan sebahagian Missouri, Illinois dan Kentucky.
Ribut berkemungkinan berlaku dari tengah hari pada Rabu hingga ke petang Khamis.
Sementara itu, hujan lebat sepanjang malam yang melanda Alabama menyebabkan sebahagian jalan utama di bandar itu dinaiki air ketika orang ramai sibuk ke tempat kerja. -AP
[wpdevart_youtube]WGXXjp0yF6A[/wpdevart_youtube]