Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Mengaku Sihat Selepas...

NEW DELHI – Seorang lelaki di India dilaporkan telah menerima 11 suntikan vaksin...

Serangan Sekolah Di Peshawar...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Syed Hassan Raza menyifatkan serangan...

Mara Peruntuk RM2 Bilion...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu Majlis Amanah Rakyat (Mara)...

Penyediaan Bajet 2017: PM...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk...

Seorang Penunggang Lelaki Maut Selepas Motosikal Terbabas

BUTTERWORTH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 132.6 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Seberang Jaya, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa Mohd Shairie Izwan Shuhairi, 26, dari Shah Alam, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 12.15 tengah hari selepas mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 hilang kawalan di laluan menghala ke Sungai Dua.

“Motosikal mangsa terbabas lalu melanggar besi pembahagi lebuh raya menyebabkan mangsa jatuh dan terseret sejauh 25 meter manakala motosikalnya menggelongsor lebih 200 meter dari tempat kejadian,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


Beliau berkata polis masih berusaha mengesan waris mangsa yang alamat terakhirnya ialah No.42, Jalan Savenbara U2/34, Taman TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori