Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan...

BEBERAPA hari lepas dunia bersedih apabila digemparkan dengan berita pemergian vokalis Linkin Park,...

‘Saya Tidak Akan Serang...

PORT DICKSON - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul...

CAP Seru Orang Ramai...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menyeru orang ramai...

Johor Bakal Tubuhkan Koperasi...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan...

Sesak 10km Di PLUS, Lori Kontena Terbalik Di Taiping

TAIPING – Seorang kanak-kanak parah manakala ibu bapanya cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lori kontena terbalik di Kilometer 210.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguasa Mohd Taufiq Abd Sattar, berkata tiga sekeluarga itu membabitkan pemandu dan penumpang lori terbabit.

“Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk kira-kira 10 kilometer (km) bermula dari Plaza Tol Kamunting hingga Changkat Jering.

“Semua mangsa dihantar ke hospital dengan ambulans.

“Difahamkan, lori kontena terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth, Pulau Pinang.

“Selepas terbabas, ia dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu terbalik merintangi jalan, menyebabkan kesesakan di laluan berkenaan.

“Setakat jam 10.30 pagi ini, kerja mengalihkan lori kontena terbabit masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.


Sementara itu, Jurucakap PLUS berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

“Lori kontena yang terbalik itu menghalang laluan trafik kiri dan kanan jalan, menyebabkan kesesakan bagi pengguna menghala ke selatan.

“Pemandu dinasihatkan menggunakan laluan alternatif di susur keluar Kamunting dan masuk semula ke susur keluar Changkat Jering atau Kuala Kangsar,” katanya.

Sumber: BHarian Online

[wpdevart_youtube]8pK2fZsQHRo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori