PELAKON Sharifah Haslinda yang merupakan kakak kepada Sharifah Sakinah dilaporkan menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
BACA: Sharifah Haslinda, Reezal Merican Bakal Bercerai
Memetik laporan Sinar Harian, notis penarikan balik itu dibuat melalui  peguamnya Ummi Kartini Abd Latif di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.
Bagaimanapun, pada prosiding sebutan kes itu, pelakon drama Dhia Sofea ini dan suaminya tidak hadir ke mahkamah.
Menurut Ummi, Haslina menarik balik permohonan cerai itu kerana sedang meneruskan perbincangan lanjut dengan defendan (suami).
“Plaintif berhasrat untuk menarik semula kes dengan kebebasan untuk memfailkan semula,” katanya.
Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin meluluskan permohonan palintif mengikut Seksyen 96 Akta Tatacara Mal 2003 dengan kebebasan untuk memfailkan semula namun atas alasan dan fakta yang berbeza.
Terdahulu, Haslinda dilaporkan menfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 1 Oktober lalu.
Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: Sinar Harian
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=pH2MqD-h0Gw]