Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dewan Perwakilan AS Undi...

WASHINGTON - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) hari ini mengundi resolusi yang menghalang...

BN Turun Cukai Berkaitan...

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan menurunkan cukai berkaitan hartanah di Selangor...

Ahmad Bashah Angkat Sumpah...

ALOR SETAR - Majlis angkat sumpah Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai...

Miranda Julang Brazil Di...

JEDDAH - Pemain pertahanan, Miranda menjaringkan gol pada masa kecederaan bagi memastikan Brazil...

Singapore Airlines Haramkan Hoverboards Dari Pesawatnya

SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines telah mengharamkan hoverboards daripada pesawatnya susulan kebimbangan ia boleh meletup.

Peraturan baru yang ketat itu dilaksanakan selepas tiga syarikat pengendali penerbangan di Amerika Syarikat iaitu American Airlines, United dan Delta melaksanakan larangan yang sama.

Sekiranya Hoverboards menggunakan bateri berkualiti rendah, ia dikhuatiri akan terdedah kepada letupan kerana bateri murah yang dihasilkan di China dan kemudiannya dijenamakan semula di UK dan Amerika Syarikat boleh mencetuskan api.

Menurut Singapore Airlines, larangan itu terpakai kepada hoverboards yang didaftar masuk dan bagasi.

“Singapore Airlines mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara (IATA) terhadap pengangkutan barang-barang bahaya yang turut melibatkan bateri litium.

“Dalam laman web kami, ia menyebut bahawa bateri litium dengan jam watt lebih 16- atau kandungan litium lebih daripada 8g adalah dilarang,’’ katanya.

Kerusi roda elektrik dan alat bantuan bergerak masih dibenarkan untuk didaftar masuk tetapi ia tertakluk kepada beberapa sekatan. – MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]1xLtMz3vcYs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori