Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Abai Agama Untuk...

KUANTAN - Umat Islam diingatkan untuk tidak mengabaikan tuntutan agama hanya untuk memenuhi...

Eksekutif Rugi RM8,000 Diperdaya...

MIRI - Seorang eksekutif pengurusan syarikat di sini kerugian RM8,000 ditipu seorang lelaki...

AIM Rugi RM8,500 Dalam...

KEMAMAN - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerugian kira-kira RM8,500 dalam kejadian samun bersenjata...

PAS Tidak Mendokong Semangat...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Singapura Haram Hidangan Mentah Ikan Air Tawar

SINGAPURA –  Pemerintah Singapura pada Sabtu mengumumkan bahawa penggunaan ikan air tawar dalam semua hidangan mentah yang dijual secara komersial adalah diharamkan dengan serta merta di negara itu.

Perkara cukup mengejutkan itu diumumkan menerusi kenyataan bersama oleh pihak Kementerian Kesihatan (MOH), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) serta Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA).

MOH menjelaskan bahawa ujian yang dijalankan AVA dan NEA malah menunjukkan bahawa ikan-ikan air tawar di Singapura mempunyai tahap pencemaran kuman yang lebih tinggi berbanding dengan ikan air masin.

Mereka yang berdegil juga mahu memakan pelbagai hidangan spesies ikan air tawar secara mentah mungkin boleh berisiko lebih tinggi untuk menghidapi jangkitan kuman berbahaya kepada kesihatan tubuh badan sendiri.

Baca: Kecoh Ikan Mentah Di Singapura Bahaya Dimakan

sg fish mart

sg fish

NEA dalam pada itu menambah, arahan bagi gerai makanan yang ingin menjual hidangan ikan mentah untuk terus menggunakan spesies ikan air masin masih lagi berkuat kuasa selepas dilaksanakan dengan serta merta.


Menurut pihak berkuasa tempatan tersebut lagi, ikan air masin lazimnya diternak dengan cara yang lebih bersih, disimpan dan diedarkan ke pasaran mengikut prosedur amalan-amalan standard ketat yang jauh amat rapi.

MOH, AVA dan NEA menyatakan bahawa larangan tersebut turut dilakukan untuk melindungi kesihatan orang ramai susulan peningkatan mendadak kes jangkitan Streptococcus Kumpulan B yang dilaporkan sejak Jun lalu.

Pertambahan bilangan pesakit setelah memakan yusheng, satu hidangan popular makanan ikan mentah tempatan yang disajikan dengan bubur juga mencetuskan suasana panik kepada ramai penduduk Singapura sendiri.

Stesen milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan, kanak-kanak, wanita hamil dan warga tua mengalami penyakit kronik dinasihati agar jangan memakan sebarang hidangan ikan mentah buat sementara waktu ini.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori