Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Gagal Pemeriksaan Puspakom Antara...

KUALA LUMPUR - Gagal membuat pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengikut jadual...

Sabah Komited Pastikan Pengurusan...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah komited untuk memastikan penggunaan sumber hutan di negeri...

Laluan Sesak Di Depan...

GUA MUSANG : Proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap, di...

Ramai ‘Tertipu’ Dengan Penyanyi...

Tidak keterlaluan kami katakan lagu Hazama berjudul Malaikat versi bangla merupakan video parodi...

Skandal Rasuah FIFA, Dua Mengaku Tidak Bersalah

NEW YORK – Dua pegawai tinggi bola sepak Amerika Selatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah New York, semalam atas pembabitan mereka dalam skandal rasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Rafael Callejas, Presiden Honduras dari tahun 1990 hingga 1994 serta Juan Angel Napout, Naib Presiden FIFA dan bekas Presiden Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL), antara beberapa bekas pegawai yang disabitkan dalam salah laku rasuah.

Sejumlah 39 orang dan dua syarikat didakwa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat berikutan skandal rasuah FIFA yang terbongkar hasil serbuan pihak berkuasa Switzerland di sebuah hotel mewah di Zurich.

Dua belas daripadanya mengaku bersalah atas kesalahan yang disyaki berlarutan sejak sedekad lalu dan mampu melumpuhkan FIFA, bersama-sama pucuk pimpinannya.

Napout, 57, diberkas awal bulan ini dalam satu serbuan di hotel lima bintang Baur Au Lac dan dibawa ke New York, semalam.


Dia yang berasal dari Paraguay, ditangkap 3 Disember lalu bersama seorang lagi Naib Presiden FIFA, Alfredo Hawit dari Honduras, yang juga tidak mengaku bersalah.

Kedua-duanya digantung 90 hari oleh FIFA. – AFP

[wpdevart_youtube]RuxqwCiTaz4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori