Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Brazil Catat 1,176 Kematian...

RIO DE JANEIRO - Angka korban Covid-19 di Brazil meningkat sebanyak 1,179 dalam...

Tinggalkan Bayi Di Tengah...

WANITA ini, Ashley Denise Attson, 23, sepatutnya dihukum mati. Namun dia bernasib baik...

Penduduk Rio De Janeiro...

RIO DE JANEIRO - Perbandaran Rio de Janeiro akan menjalankan pemberian vaksin sepanjang...

Adib Khalid Umum Nikah...

SETELAH beberapa tahun menyulam cinta, pasangan popular Adib Khalid dan Izara Aishah akhirnya...

SPRM Ambil Keterangan Najib Isu SRC International & Dana RM2.6b

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pertemuan itu berlangsung selama dua setengah jam dan perdana menteri memberi kerjasama dengan baik kepada pihak SPRM.

“SPRM akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Pada 12 November, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.

Beliau sebelum ini berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemu bual Najib berhubung isu yang berkaitan dengan siasatan itu.


Najib pada hari yang sama, berkata beliau bersedia untuk memberi kenyataan kepada SPRM memandangkan kes itu telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Sementara itu menurut jurucakap SPRM, pertemuan itu diadakan di pejabat Perdana Menteri pada jam 10 pagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori