KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun.
SPRM dalam satu kenyataan media berkata, lelaki itu dikenali sebagai Mohd Hafiz Yusoff memegang kad pengenalan 710309-02-5019.

“Alamat terakhirnya di Jalan Nilam 1, Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut SPRM, lelaki berkenaan diperlukan untuk membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.
Jelas kenyataan itu, dua alamat terakhir Mohd Hafiz di Kiambang Apartment Putra Perdana Puchong dan Felda Pasoh 1, Simpang Pertang Jelebu, Negeri Sembilan.
“Mohd Hafiz dipercayai bekas eksekutif di sebuah anak syarikat milik kerajaan Selangor,” kata SPRM.
Justeru, SPRM berharap Mohd, Hafiz atau keluarganya atau pihak yang mengenalinya supaya menghubungi SPRM atau emel kepada rosnizam@sprm.gov.my. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]oXgX9sV_F9s[/wpdevart_youtube]