HUBUNGAN cinta yang terjalin antara penyanyi Stacy, 25 dan Akim Ahmad, 24, sememangnya bukan lagi rahsia.
Bakal disatukan sebagai suami isteri pada Februari tahun depan, pastinya membuatkan pasangan selebriti ini sedang sibuk merencanakan persiapan majlis perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy pastinya tidak dapat lari daripada soalan mengenai karier seni pada masa hadapan setelah bergelar isteri.
Mengulas hal itu, juara Akademi Fantasia musim keenam ini mengakui tidak gentar tentang nasibnya dalam industri muzik kelak kerana percaya akan rezeki Allah.
“Menyanyi bukan saja minat, tapi ia sudah jadi periuk nasi saya selama ini. Sekiranya selepas ini bidang nyanyian bukan lagi tempat saya, tak mengapa. Saya tetap percaya rezeki ada di mana-manaâ€Â
“Cuma apa boleh saya katakan sekarang, saya nak terus berjuang dalam industri muzik selagi mampu dan diterima peminat. Masih banyak lagi yang ingin saya ketengahkan,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain itu, Stacy turut berkongsi mengenai kehidupan barunya setelah memeluk Islam yang disifatkan sangat indah.
Jelasnya, dia kini sedang belajar cara untuk memperbaiki diri agar dapat menjadi muslimah terbaik.
Stacy dan Akim mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=yUDh-vi5CkU]