Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jangan Sebut Nama Azmin,...

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari sekali lagi menempelak bekas mentornya, Azmin Ali yang...

Tunjuk Bukti Tarik Statut...

AMPANG – Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu) dijangka mengadakan Perhimpunan Raksasa membantah ratifikasi...

Zika: Sekolah Dilarang Lawat...

KOTA TINGGI - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan agar semua sekolah di...

Isa Minta Anggota UMNO...

PORT DICKSON - Anggota Parlimen Jempol Tan Sri Mohd Isa Samad meminta anggota UMNO menerima secara terbuka dan memberi sokongan penuh...

Suami Adira ‘Gentleman’, Komen Kisah Kahwinnya Di FB Mynewshub

BERITA perkahwinan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Adira yang kini sah menjadi isteri kedua seorang Datuk Seri bukan lagi rahsia.

BACA: Adira Mengaku Dah Kahwin, Bergelar Isteri Kedua Datuk Seri

Mynewshub, antara portal berita pertama yang dapat menghidu berita perkahwinan itu apabila seorang wanita dikenali sebagai Datin Red dikesan memuatnaik sekeping gambarnya bersama Adira di Facebook bersama pengakuan “sekarang kami berkongsi suami” pada salah satu komennya untuk gambar berkenaan.

31114

Susulan itu Mynewshub menyiarkan artikel bertajuk ‘Adira Sudah Kahwin, Jadi Isteri Kedua VIP Muda?’ di portal sebelum turut berkongsikan cerita berkenaan di Facebook kami.

BACA: ‘Adira Sudah Kahwin, Jadi Isteri Kedua VIP Muda?

Ternyata, artikel itu bukan sahaja menarik perhatian peminat hiburan tetapi juga suami Adira sendiri iaitu Datuk Seri Adnan Abu (Dato Red) yang tampil memberikan komen tentang kisah pernikahannya itu sambil mengucapkan terima kasih.

Dalam komen yang ditinggalkan, Adnan turut berharap agar perkahwinan keduanya dengan Adira tidak dipertikaikan dan peminat mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

Berikut komen penuh beliau yang boleh kami gambarkan, memiliki sikap yang cukup berani dan ‘gentleman’ untuk berdepan segala kemungkinan selepas mengambil keputusan untuk beristeri dua, dan melibatkan artis popular pula..

Untitled


“Thank you admin… ajal, jodoh, rezeki dah tertulis di Loh Mahfuz sebelum nyawa di tiup ke jasad…. siapa kita untuk mempertikaikan ketentuan dan kehendak Allah swt… Sesungguhnya DIA sebaik-baik perancang.

“Saya harap semua doakan yang baik untuk kami semua amin… Maaf saya hanya hamba yg biasa lemah dan daif segala-galanya…hanya Allah la segalanya (mohon jasa semua komen yg positive)”

Rata-rata netizen kemudian dilihat memberi ucapan tahniah dan memohon agar Adnan memberi layanan yang adil kepada kedua-dua isterinya.

Melihat sikap Adnan yang sebegini membuatkan kami berasa, tidak hairanlah mengapa Adira boleh terpikat padanya manakala isteri pertama yang digelar Datin Red, mampu bersabar dan melakukan pengorbanan yang belum tentu mampu dilakukan wanita lain.

Terdahulu, Adira mengaku pada sebuah akhbar tempatan bahawa dia sudah bernikah di Songkhla, Thailand dan kini bergelar isteri kedua Adnan sejak tiga minggu lalu.

Difahamkan, perkahwinan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua pihak termasuk madunya.

Marilah kita doakan setulus hati, moga perkahwinan yang dibina mereka berkekalan dan bahagia selamanya. – MYNEWHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sqi7xJZXJO4]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori