Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

RON97 Naik Lagi 2...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08...

Polis Rampas 90 Kilogram...

BUKIT MERTAJAM - Polis merampas 90 kilogram ganja bernilai RM300,000 dalam pemeriksaan terhadap...

Gambar Kegembiraan Anak Pelarian...

SEKEPING gambar yang memaparkan kegembiraan salah seorang anak pelarian Syria bersama seorang pihak berkuasa...

Jual Bedak Sejuk, Azza...

WALAUPUN sering menerima kutukan dan kecaman kerana jual bedak sejuk, bekas anggota kumpuan...

Suami Isteri Dipenjara, Bunuh Anak Rancang Berzina

PASANGAN suami isteri yang berasal dari Pakistan, Asadullah Khan, 51, dan Shazia, 41, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka, Lareeb Khan pada 28 Januari lalu.

Lareeb dibunuh dengan cara dijerut oleh bapanya selepas kedua ibu bapanya mengetahui dia ingin mengadakan hubungan seks luar nikah dengan jejaka yang tidak dipersetujui mereka.

Menurut mereka, tindakan itu terpaksa diambil kerana ingin mempertahankan maruah anak perempuan mereka.

Gadis malang berusia 19 tahun itu dijerut pada tengah malam sambil jenayah kejam itu disaksikan oleh ibu kandungnya sendiri.

Dengan menggunakan kerusi roda milik nenek Lared, pasangan suami isteri itu membawa keluar mayat anaknya dengan tujuan untuk memusnahkannya di kawasan terpencil di Darmstadt, Jerman.


Shazia dan Azadullah yang sudah lama menetap di Jerman, mengetahui hal percintaan anaknya dengan jejaka berusia 23 tahun bernama Raheel itu selepas Lareb diberi surat amaran oleh pihak polis atas dakwaan cuba mencuri kondom.

killing1

Dalam hujah pembelaan, Shazia memberitahu pihak polis bahawa dia langsung tidak terlibat dengan kes pembunuhan anaknya namun pihak pendakwaan berpendapat dia turut memainkan peranan apabila membiarkan sahaja suaminya mencekik Lareb tanpa sebarang belas kasihan terhadap mangsa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori