Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Biawak 30kg Gemparkan Mahkamah

KECOH... Kehadiran seekor biawak seberat kira-kira 30 kilogram dalam longkang berhampiran kawasan tempat...

Banjir Sarawak Makin Buruk,...

SUSULAN banjir di Sarawak terutama di bahagian Kuching, Samarahan, Mukah dan Limbang yang semakin...

Puluhan Pelajar Tempatan Jadi...

PANGKALAN BUN – Visual kelincahan mereka mengangkut mayat dari helikopter ke ambulans selain...

Anggota UMNO Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan jentera UMNO...

Suasana Sedih Menyelubungi Batu Pahat Ketibaan Mayat Mangsa

BATU PAHAT – Mayat 13 orang rakyat Malaysia yang terbunuh dalam nahas bas di Thailand tiba di sini kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Mayat dibawa dengan van dari Pangkalan Udara TUDM Subang, Selangor yang berlepas kira-kira pukul 4.23 pagi termasuk sebuah ambulans yang membawa seorang mangsa yang cedera iaitu Lee Siw Kim, 61.

Sebelum itu jenazah diterbangkan ke Subang kira-kira pukul 3.30 pagi dalam dua pesawat C-130 termasuk sebuah milik Tentera Udara Diraja Thailand.

Suasana sedih menyelubungi apabila para keluarga dan sanak saudara menyambut ketibaan mayat.

Mayat dibawa ke tiga pusat mengurus mayat, sebuah berhala dan sebuah rumah.

Jenazah empat sekeluarga iaitu Low Chee Lan, 85, anak perempuan bongsunya Tan Sui Heng, 54, menantunya iaitu suami Sui Heng, Ker Bong Ngwang, 57, dan cucunya Tan Thin Thin, 39, dibawa ke rumah mayat Kesatuan Hoo Cheow Tong.

Sementara anak lelaki Low, Tan Yang Soon, 64, dan cucunya Ker Shin Hui, 28, terselamat dalam kejadian itu .

Seorang anggota keluarga berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Alice Lee berkata kesemua mayat keluarganya akan dibakar di Pagoh dekat Muar.

Mayat Thin Thin dijangka dibakar pada Jumaat ini manakala tiga yang lain pada Sabtu, katanya.


Sementara itu lima mayat dibawa ke rumah mayat Koon Yew.

Mereka ialah mayat pasangan suami isteri Ong Pek Ming, 61, dan isterinya Chua Ah Kim, 55, yang meninggalkan tiga orang anak berumur sekitar 20-an Ker Ah Hwee, Wong Yoke Ying dan Png Ee Ting.

Mayat dua adik beradik Ong Chai Hong, 58, dan Ong Chui Hoe, 53, dibawa rumah mayat di Jalan Tukas 1, Taman Soga.

Suami mereka iaitu Goh Bak Chai (suami Chai Hong) dan Teo Tien Chor (suami Chui Hoe) terselamat dan masih dirawat di hospital di Chiang Mai.

Mangsa nahas merupakan antara 22 warga Malaysia yang terkorban dalam kejadian pukul 11.30 pagi waktu tempatan itu (12.30 tengah hari waktu Malaysia) pada Ahad lepas.

Bas yang membawa 24 penumpang termasuk pemandu dan pemandu pelancong dilapor terbabas selepas berlanggar dengan sebuah pikap ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai menuju Chiang Mai. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]b_ccc08Frmw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori