Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kes Bakar Pusat Tahfiz:...

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan akan memanggil lebih 50 saksi untuk memberi keterangan...

Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari...

Betul Ke Ford Mustang...

NAMA Safiey Ilias sudah tidak asing lagi di media sosial setelah kisah penghijrahannya...

Wanita Amal Sihir Dipanah,...

Tahehyi (Paraguay) - Seorang wanita diikat pada sebatang kayu, dipanah sebelum dibakar hidup-hidup di sini,...

Tambang ERL Tidak Pernah Disemak Sejak 2002

KUALA LUMPUR – Tambang bagi perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) terpaksa dinaikkan kerana ia tidak pernah disemak sejak dilancarkan pada 2002, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata kerana itu kerajaan bersetuju dengan kenaikan tersebut berdasarkan rasionalisasi bahawa ERL telah mengalami kerugian kerana tambang yang tidak pernah dinaikkan.

“Pada dasarnya kementerian telah bersetuju dan memberi kebenaran selepas 14 tahun permohonan mereka (ERL) tidak dapat kelulusan kerajaan. Selama 14 tahun itu harga tiket itu harga lama dan kos operasi mereka meningkat dua kali ganda,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam dilapor tambang baharu ERL bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke KLIA2 ialah RM55, berkuat kuasa mulai 1 Jan tahun depan, merupakan kenaikan pertama sejak pelancaran ERL.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata itu adalah kadar diskaun berikutan ERL dibenarkan untuk menyemak kadar tambang kepada RM64 berdasarkan terma perjanjian konsesi.

Ditanya mengenai rasionalisasi kenaikan sehingga mencecah RM20 ketika rakyat menanggung beban pelbagai kenaikan harga barang dan mode pengangkutan lain, Aziz berkata pelbagai promosi dan diskaun turut ditawarkan.

“Kalau hendak murah ada pakej kad perjalananan yang sangat murah. Ada tiga pakej hingga kurang sebanayak 40 peratus daripada harga tiket yang diumumkan.


“Yang diumumkan itu termasuk untuk warga asing bagi kegunaan sekali sehari. Kalau rakyat biasa, kita boleh guna hari-hari kad perjalanan yang lagi murah dari harga asal. Ada juga pilihan seperti membayar menggunakan kad kredit,” katanya.

Dilapor, penumpang yang membeli tiket melalui dalam talian, aplikasi mudah alih dan daripada kiosk ERL akan menikmati diskaun 10 peratus, manakala mereka yang menggunakan kad Touch ‘n Go akan menikmati penjimatan 10 peratus semasa tempoh promosi.

Untuk pengguna Travel Card, mereka akan menikmati diskaun antara 17 hingga 83 peratus dengan purata diskaun 45 peratus sementara warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) akan terus menikmati diskaun 30 peratus tambang sehala bagi KLIA Transit.

Manakala mereka yang membeli tiket pergi-balik antara KL Sentral dan KLIA/KLIA 2 akan menikmati penjimatan RM10.

Ditanya sama ada kementerian akan berjumpa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengkaji semula keputusan ERL tersebut, Aziz mengangguk setuju: “Ya, ya”, katanya.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]dJpZGQqmbP0[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • ERL

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori