Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

12 Ahli Parlimen Dilantik...

KUALA LUMPUR - Seramai 12 Ahli Parlimen hari ini dilantikĀ sebagaiĀ AhliĀ  JawatankuasaĀ Kira-Kira Wang Negara...

Kerana Tenggiling, Duda Anak...

ALOR SETAR - Kerana menyimpan 109 ekor tenggiling, seorang lelaki didenda RM120,000 oleh...

Tingkatan Enam Dijenamakan Semula...

KUALA LUMPUR : Tingkatan enam bakal dijenamakan semula sebagai salah satu usaha bagi...

Ibu Bapa Tak Perlu...

BALIK PULAU - Masyarakat khususnya ibu bapa tidak perlu bimbang tentang status vaksin...

Tangisan Bapa.. Sedih Lihat Anak-Anak Mati Dikelar

ALOR SETAR – Seorang bapa tidak dapat menahan kesedihan dengan kematian dua anaknya di rumah mereka di Taman Wiram, Sungai Petani semalam.

Tee Choi Peng, 36, yang bekerja sebagai tukang masak di Singapura kelihatan menangis sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini tengah hari tadi.

Anak-anak lelakinya yang berusia tiga dan lima tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah akibat kesan kelaran.

Ibu Sembelih Dua Anak Direman 7 Hari

Ekoran itu pihak polis menahan seorang wanita yang dipercayai ibu mereka yang berusia 35 tahun bagi membantu siasatan.

Kira-kira 20 orang anggota sukarelawan dari Persatuan Buddhist Tzu Chi turut mengadakan upacara sembahyang khas di pintu utama Jabatan Forensik hospital di samping memberikan kaunseling kepada anggota keluarga berkenaan.


Datuk mangsa Saw Weng Choon, 60, berkata kejadian itu sangat tragis untuk diingati.

“Setiap kali saya hendak menceritakan kejadian tersebut, saya tidak mampu dan rasa hendak menangis,” katanya kepada pemberita. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JY44yFYFMxs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori