Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kadar Suntikan Vaksin Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kadar pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara melepasi paras 150,000...

Jabatan Peguam Negara Hentikan...

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara memberhentikan pendakwaan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM)...

Kerjasama Kerajaan Selangor Perlu...

SHAH ALAM - Kerjasama daripada kerajaan negeri Selangor amat diperlukan bagi mengatasi masalah...

Nelayan Asing Kaut Gamat...

KUALA TERENGGANU – Sekumpulan nelayan warga Vietnam didapati mengaut gamat kira-kira 6.5 batu...

Tawan 7 Puncak Dunia Sasaran Pendaki Solo 2016

SEPANG – Pendaki solo, Khairil Aslan Ab Rashid yang menawan tiga puncak di pergunungan Himalaya, Kathmandu, Nepal baru-baru ini, berhasrat menakluk tujuh puncak di tujuh benua dalam tempoh setahun pada tahun depan.

Khairil Aslan, 40, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kathmandu semalam, berkata kejayaan menawan Puncak Maru, Lobuche dan Island dalam tempoh 32 hari bermula 26 November lalu latihan persiapan diri bagi ekspedisi tahun depan.

Kejayaan menakluk tiga puncak Himalaya turut mencipta rekod pendaki solo Asia yang melakukan ekspedisi di ketiga-tiga puncak berkenaan pada musim sejuk. “Selepas ini saya ingin membuat rekod pendaki solo Asia paling pantas yang menghabiskan tujuh puncak di tujuh benua dalam masa satu tahun.

“Saya akan memulakan ekspedisi saya pada awal Feb depan di Argentina untuk menawan puncak Aconcagua di benua Amerika Selatan sebagai puncak yang pertama dan mengakhiri ekspedisi di Carstensz Pyramid di benua Australasia,” katanya kepada pemberita selepas tiba di KLIA pada jam 9.40 malam semalam.

Selain puncak Aconcagua dan Carstensz Pyramid, lima puncak lain yang akan beliau daki dalam ekspedisi tujuh puncak, tujuh benua tahun depan ialah Gunung Kilimanjaro di Afrika, Gunung Vincon di Antartika, Gunung Denali di Amerika Utara, Gunung Everest di Eurasia dan Gunung Mauna Kea di Kepulauan Pasifik.

Bapa kepada tiga anak berkenaan disambut di KLIA oleh isterinya, Hamizah Hashim, 37 dan ketiga-tiga anaknya Nur Ainnajwa Safhia, 16, Muhammad Najman Harith, 14 dan Muhammad Najmie Haziq, 6.


Turut berada di KLIA rakan dari kampung kelahirannya, Batu Kurau, Perak. Menceritakan pengalaman dan cabaran beliau sepanjang pendakian, Khairil Aslan berkata beliau berhadapan dengan risiko tinggi sepanjang ekspedisi itu kerana pendakian ketika musim sejuk 10 kali lebih sukar daripada pendakian biasa.

“Di puncak Island iaitu puncak terakhir yang saya tawan saya sudah 95 peratus hampir mati kerana perubahan cuaca dan angin yang sungguh drastik pada jam 4.30 pagi 20 Disember lalu.

Angin bertiup pada kelajuan 140 hingga 160 kilometer sejam. “Ketika itu, saya tidak merasai apa-apa lagi.

Darah di badan saya tidak mengalir lagi. Waktu itu, salah seorang daripada tiga sherpa memberitahu saya sekiranya kami mati, kami akan mati bersama dalam 4.30 pagi hingga 5.30 pagi,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Kd95ASQ9pLo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori