Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Almarhum Pemimpin Hebat Tawan...

KUALA LUMPUR - Kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah meninggalkan kenangan...

Polis Sifatkan Individu Terbabit...

PAGOH - Individu yang terbabit dalam kumpulan militan IS disifatkan sebagai golongan yang...

Janji Temu Vaksin AstraZeneca...

KUALA LUMPUR - Individu yang menempah janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela, mula...

Jho Low Tetap Diburu...

KUALA LUMPUR : Polis masih giat mengesan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho...

Tebing Runtuh: 41 Penduduk Diarah Berpindah Sementara

KUALA LUMPUR – Sejumlah 42 orang penduduk Taman Tan Yew Lai di Jalan Klang Lama diarah berpindah apabila tembok penahan tebing berhampiran kediaman mereka runtuh petang semalam akibat hujan lebat sejak beberapa hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Arifai Tarawe berkata penduduk terlibat adalah dari 10 buah rumah di Jalan Dato Haji dan Jalan Bunga Tanjung di Taman Tan Yew Lai di situ.

Menurutnya kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang apabila tembok di belakang kawasan perumahan Jalan Dato Haji runtuh dan membahayakan penduduk 57 rumah berhampiran di kawasan Jalan Bunga Tanjung.

“Setakat ini keadaan terkawal dan pihak berkuasa tempatan sedang memantau keadaan runtuhan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Tinjauan Bernama mendapati anggota-anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat berada di lokasi untuk membuat pemantauan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori