Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anak Bangsawan Pengedar Pada...

Anak perempuan kepada bangsawan Britain, yang didakwa membekalkan dadah kepada selebriti di Filipina,...

Jamal Naik MRT Dengan...

SINDIR... Mungkin ada mesej tersirat di sebalik gimik terbaharu pemimpin Gerakan Merah Malaysia,...

Datuk Husam Musa Dipecat...

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dipecat sebagai ahli...

Adib Dipukul Sekumpulan India...

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner membuat dapatan bahawa Muhammad Adib Mohd Kassim dipukul...

Tempoh Reman Suspek Bakar 6 Kereta Dilanjut Hingga Isnin Depan

KUALA LUMPUR – Tempoh reman suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam kes membakar enam kereta di tempat letak kenderaan di Taman Jaya, Petaling Jaya, Isnin lepas, dilanjutkan sehingga Isnin depan.

Sebelum ini, suspek yang ditahan pada hari yang sama dia didakwa melakukan kesalahan itu, dikenakan reman empat hari yang berakhir hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor esok.

“Kes masih disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Dalam kejadian Isnin lepas, enam kereta terbakar selepas suspek berusia dalam lingkungan 20-an didakwa membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang sebuah kereta di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek kira-kira pukul 11 malam hari yang sama di Petaling Jaya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori