SAN BERNARDINO – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menegaskan masih terlalu awal untuk mengaitkan tindakan pasangan remaja yang melepaskan tembakan di sebuah majlis keraian di California, kelmarin sebagai serangan pengganas.
“Kami tidak boleh mengaitkan apa-apa pada ketika ini,” kata Penolong Pengarah Siasatan FBI Los Angeles, David Bowdich.
“Tidak jelas ada misi di sini, kami tahu itu. Kami tidak tahu mengapa (kejadian tembakan).
“Tindakan yang tidak bertanggungjawab sekiranya saya mengaitkan ia serangan pengganas.
“FBI mendefinisikan pengganas secara spesifik. Ia adalah satu persoalan besar kepada kami, apa motif yang membawa mereka melakukan perkara ini,” katanya. – AFP/BH ONLINE