SEORANG remaja lelaki patah tulang bahu selepas bergaduh dengan dua rakannya gara-gara sebatang vape baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan berjumpa rakannya di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, Puchong, Selangor pada 12 Disember lalu untuk dapat wang ganti rugi vape yang didakwa mangsa telah dicuri rakannya.
Bagaimanapun, rakannya itu dikatakan enggan membayar wang kepada mangsa, lantas berlakunya pertengkaran sebelum suspek dan seorang lagi remaja lain bertindak membelasah mangsa.
Difahamkan, mangsa kemudian dibawa ke sebuah lombong berdekatan dan ditinggalkan di situ.
Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa mendakwa anaknya telah dipukul dan dipijak.
Kes direkodkan dibawah seksyen 325 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qBVw44JTHww]