AHLI Biokimia dari Jerman yang juga salah seorang pakar biologi sel terkemuka dunia, Otto Heinrich Warburg mendapati bahawa punca  penyakit kanser tersebar adalah akibat terlalu banyak kandungan asid di dalam badan.
Ianya merujuk kepada PH badan yang berada di bawah paras 7 sehingga membawa kepada keadaan ‘berasid’. Warburg yang melakukan ujikaji terhadap kadar metabolisme tumor dan pernafasan sel turut mendapati, sel-sel kanser boleh hidup dalam PH rendah, serendah 6.0.
Beliau percaya, terdapat hubungan secara langsung antara PH dan Oksigen. PH yang lebih tinggi iaitu keadaan beralkali mengandungi kepekatan Oksigen lebih tinggi manakala PH yang lebih rendah iaitu keadaan berasid mengandungi kepekatan Oksigen lebih rendah.
Hasil kajian tersebut, Warburg dianugerahkan Hadiah Nobel dalam dunia perubatan pada tahun 1932 untuk penemuan yang amat besar ini.
Dalam bukunya The Metabolisme Tumor, Warburg menunjukkan bagaimana semua jenis kanser di cirikan oleh dua keadaan, asidosis dan hipoksia (kekurangan oksigen). Kekurangan oksigen dan asidosis adalah dua belah syiling yang sama, di mana jika anda mempunyai satu, anda juga akan mempunyai yang sebelahnya.
“Tisu penyakit kanser adalah berasid, manakala tisu yang sihat adalah beralkali. Air berpecah kepada H+ dan OH- ion, jika terdapat lebihan H+ ia adalah berasid dan jika terdapat lebihan OH- maka ia adalah alkali.”
Jadi, kunci kepada pencegahan kanser adalah mengekalkan tahap PH beralkali. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=WsE0todqBXY]