TENTU ada antara anda yang berasakan diri kelihatan lebih yakin sewaktu memakai kanta lekap. Khas buat mereka yang baru hendak cuba memakai kanta lekap, tips di bawah ini mungkin dapat membantu.
Adalah perkara biasa buat mereka yang sering memakai cermin mata, bahagian bawah mata kelihatan cengkung dan terdapat lingkaran gelap. Ini berbeza dengan mereka yang memakai kanta lekap malah kadangkala tidak perasan pun mereka seorang yang rabun.
Di bawah, kongsikan cara yang betul untuk memakai dan menjaga kanta lekap anda supaya tidak sampai membahayakan diri.
#1: Jangan pakai kanta lekap lebih lama daripada sepatutnya.
Jika kanta lekap anda jenis bulanan, jangan guna lebih daripada tempoh yang ditetapkan. Jika anda menggunakan kanta lekap jenis harian, jangan guna semula kanta lekap yang sama setelah anda menanggalkannya walaupun kanta lekap anda masih baru lagi.
#2: Basuh tangan.
Pastikan anda basuh tangan dengan bersih sebelum memegang kanta lekap anda. Jangan pegang bahan yang berminyak atau sarat dengan wangian sebelum menyentuh kanta lekap anda.
#3: Tercampur.
Pastikan anda tidak tercampur antara kanta sebelah kanan dan kiri.
#4: Cabut kanta.
Untuk mencabut dan menyimpan semula kanta selepas digunakan pastikan anda membasuh tangan dulu, jangan lupa.
#5: Bersihkan kanta. Gunakan solusi yang di khaskan. Jangan guna solusi lain dan gosok-gosok sikit. Jangan guna air paip! Guna air liur pun tak boleh tau. Air limau ais pun tak boleh.
#6: Bekas kanta lekap.
Seperti kanta lekap anda, bekasnya pun perlu selalu dicuci.
#7: Mata rasa tidak selesa.
Jika mata anda berasa tidak selesa selepas memakai kanta lekap, buka dan cuci sedikit menggunakan solusi khas. Jika masih berasa tidak selesa, cabut dan guna kanta baru. Jika mata anda merah dan masih sakit walaupun tanpa menggunakan kanta lekap, jumpa doktor mata
#8: Mekap.
Jika anda seorang yang gemar bermekap, pakai kanta lekap anda sebelum menggunakan mekap di bahagaian mata.
-MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=62tha1Kxa2c]