Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kepimpinan Adenan Mampu Tingkatkan...

KUALA LUMPUR - Kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilihat mampu...

Mayat Disyaki Lelaki M’sia...

GLOBAL | Seorang lelaki warga Malaysia dijumpai mati di kawasan luar bandar di...

KPDNHEP Johor Rampas 230...

KULAI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor merampas...

Kes Aliff Aziz: Adik...

NAMPAKNYA kontroversi melibatkan Aliff Aziz, isteri Bella Astillah dan pelakon baharu, Afifah Nasir...

TMJ Dilantik Penaung Diraja Persatuan Tinju Johor

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah berkenan dilantik sebagai Penaung Diraja bagi Persatuan Tinju Johor.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membuat pengumuman perkara tersebut menerusi entri terbaru dalam laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), ‘The Southern Tigers’, hari ini.

Menurut PBNJ, pasukan tinju Johor turut diberi nafas baharu dan dijenamakan semula dengan nama ‘Johor Darul Ta’zim Boxing Team’, selain turut menggunakan logo yang sama dengan kelab JDT.

“Baginda berhasrat mencontohi modul di Eropah, seperti (kelab bola sepak) Barcelona, di mana pelbagai sukan diselaraskan di bawah satu jenama. Dari masa ke semasa semua sukan di Johor akan dijenamakan semula serta diselaraskan,” demikian menurut PBNJ.

Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada langkah baginda untuk memartabatkan sukan-sukan lain selain memberikan masa depan yang lebih cemerlang kepada sukan di negeri berkenaan, kata PBNJ.

Dalam pada itu, bekas petinju kebangsaan, Mohd Farkhan Haron, yang kini merupakan petinju profesional negara, berterima kasih atas kesudian Tunku Ismail menerima pelantikan tersebut.


Mohd Farkhan turut menghargai bantuan TMJ dalam membantunya menjalani latihan selama dua tahun bermula tahun depan di kelab tinju terkemuka Amerika Syarikat iaitu Wild Card Boxing Club di Los Angeles yang dimiliki legenda tinju dunia, Freddie Roach.

“Saya mewakili atlet tinju negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen baginda. Semoga negeri Johor terus berjaya melahirkan petinju bertaraf dunia,” katanya dalam Facebook tersebut.

Mohd Farkhan meraih gelaran sulung dalam karier profesionalnya selepas memenangi tali pingat Persatuan Tinju Asia Pasifik ketika berdepan bekas juara Asia, Hendrik Aritonang dari Indonesia di Batam, Indonesia, Mac lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori