JOHOR BAHRU – Aliran trafik di Tambak Johor menuju ke Woodlands, Singapura mula sesak sejak jam 7 pagi tadi selepas pergerakan kenderaan ke republik berkenaan mula meningkat khususnya sempena musim cuti sekolah.
Keadaan itu memaksa orang ramai khususnya rakyat tempatan yang bekerja di republik itu berjalan sejauh kira-kira tiga kilometer dari Tambak Johor ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodlands. Bagaimanapun, aliran trafik dari CIQ Woodlands menuju ke Johor Bahru dilaporkan bergerak lancar.
Minggu lalu, kesesakan luar biasa yang berlaku di Tambak Johor membabitkan laluan masuk dan keluar Singapura mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak.
Difahamkan, kesesakan itu berlaku berikutan tindakan pihak berkuasa Singapura memperketatkan kawalan keselamatan dengan menjalankan pemeriksaan rapi ke atas setiap kenderaan yang memasuki republik berkenaan. – BHarian Online
[wpdevart_youtube]O70g4FX7viw[/wpdevart_youtube]