Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kesibukan Buat Nana Jarang...

SEMENJAK menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua, rezeki penyanyi Siti Nordiana nampaknya semakin...

Aylan Kurdi: Kisah Kanak-Kanak...

LIHAT senyuman manis si cilik berbaju kuning itu (gambar bawah), yang ceria bergaya...

Ku Li Dipanggil Menghadap...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang...

Penubuhan RDC3 Kini Memasuki...

KUALA LUMPUR - Proses mewujudkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3)...

Tukang Cuci Pesawat Terbunuh Dalam Insiden Letupan

SABIHA GOKCEN (Turki): Seorang tukang cuci pesawat terbunuh dalam satu insiden letupan di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di sini, hari ini.

Mangsa yang maut, Zeyhra Yamac, 30, merupakan pekerja Pegasus Airlines yang bertugas pada syif malam bersama seorang lagi rakan sekerja yang mengalami kecederaan ekoran insiden terbabit.

Menerusi laporan Pegasus Airlines, Yamac meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepalanya.

Pihak keselamatan lapangan terbang menyatakan punca sebenar kepada kejadian masih disiasat.

Terkini kawalan ketat dijalankan di kawasan kejadian namun operasi syarikat penerbangan lain dilaporkan berjalan seperti biasa.

Tiada penumpang dilaporkan terkorban dalam insiden yang berlaku jam 2.05 pagi itu.


Saksi kejadian memberitahu terdengar bunyi tiga letupan besar semasa kejadian berlaku.

Sabiha Gokcen merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Turki selepas lapangan terbang antarabangsa Ataturk.

Sumber: BBC Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=rR8mdZpvuts]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori