Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sarawak Catat Kematian Ke-15...

KUCHING - Seorang lelaki warga emas yang disahkan dijangkiti rabies semalam, meninggal dunia...

KKM Sedia Panggil Pesara...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia memanggil semula doktor perubatan yang sudah bersara atau...

Budak Kutip Bola Yang...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?Begitulah kisahnya apabila...

UMNO Nilai Bantah Perhimpunan...

NILAI - Sekumpulan 25 individu hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan...

Tukang Kayu Warga Nigeria Ke Tali Gantung Edar Dadah

SHAH ALAM – Seorang tukang kayu warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 1,001.7 gram dadah methamphetamine, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu dalam kamarnya setelah tertuduh, Chuks Shedrack Iduh, 32, gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.45 malam, 11 Sept 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Peguam tertuduh, Luqman Mazlan ketika ditemui Bernama berkata mahkamah mendapati pembelaan tertuduh bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan ke atas sebuah beg berisi dadah berkenaan yang diberikan oleh kawannya di Nigeria adalah penafian semata-mata.

“Pembelaan tertuduh bahawa tujuan beliau datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah sebab tertuduh telah pun membeli tiket penerbangan pergi balik antara Nigeria dan Malaysia bagi tempoh 10 hari,” katanya.


Beliau berkata justeru, mahkamah mendapati keterangan tertuduh bahawa beliau datang ke Malaysia untuk kerja, adalah tidak munasabah.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Nik Serene Nik Hashim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori