Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Guna Merpati Seludup Dadah...

SAN JOSE - Penjenayah di Costa Rica, sebuah negara ini di rantau Amerika...

Awie Bakal Filemkan Kisah...

PENYANYI Awie dan Erra Fazira pernah mempunyai sejarah percintaan ketika di zaman kegemilangan...

Juruterbang Maut, Pesawat Buatan...

METHUEN (Amerika Syarikat) - Juruterbang maut selepas pesawat ringan terhempas ke bangunan kondominium...

Bapa Terpaksa Jual Anak...

Kemiskinan yang melampau mendesak seorang bapa untuk menjual anak perempuannya di Afghanistan.Kemiskinan keluarga itu menjadi semakin teruk selepas Taliban mengambil-alih pentadbiran negara itu.

Uber Dapat Kebenaran Beroperasi Di Jakarta

Jakarta – Uber Technologies semalam memberitahu syarikat itu menerima lampu hijau dari Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) untuk beroperasi di ibu kota Indonesia.

Kebenaran itu diberikan selepas syarikat berkenaan memberi jaminan akan mematuhi undang-undang berkaitan cukai dan peraturan lain.

Polis Jakarta pada awal tahun ini menganggap perkhidmatan itu sebagai haram kerana pemandu Uber tidak membayar cukai dan syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.

Uber dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bekerjasama dengan pejabat gabenor dan badan penyelaras pelaburan Indonesia untuk menjadikan syarikat itu satu entiti yang sah.

Syarikat itu juga akan membayar cukai, mempunyai perlindungan insuran dan memastikan pemandunya membuat pemeriksaan kenderaan secara berkala.


“Sebelum ini terdapat banyak peraturan yang mengelirukan.

“Bagaimanapun, Ahok menyediakan arah jelas dalam bentuk keperluan spesifik untuk Uber dan
platform perkongsian perjalanan lain untuk beroperasi dan berjaya di Jakarta,” kata jurucakap Uber, Karun Arya.

Tambahnya, Uber mendaftar dengan badan penyelaras pelaburan Indonesia sebagai syarikat teknologi. – Reuters/myMero Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori