Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hentikan Iklan Haram Atau...

KUALA LUMPUR - Selepas pelbagai usaha menangani iklan haram tetap menemui jalan buntu,...

TMJ Terus Jadi Bahan...

KUALA LUMPUR - Jika semalam Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Lelaki Maut Kereta Rempuh...

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu adiknya terbabas dan melanggar...

Kekuatan Drama Mampu Lahirkan...

HASIL karya, pelakon serta sinematografi antara elemen yang dititikberatkan dalam sesebuah drama mahupun...

Baling Kepala Babi Depan Pusat Islam; Muslim Dibenci Di AS

PUSAT Islam Al-Aqsa di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) semalam digemparkan dengan isu kepala babi yang dibaling dari sebuah kereta oleh dua orang lelaki.

Perbuatan keji ini telah berjaya dirakam menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan kini menjadi isu utama yang dibincangkan media di sana.

Ternyata, umat Islam AS kini berdepan dengan kebencian daripada penduduk bukan Islam di sana. Ini bermula dengan serangan yang dikatakan berpunca dari ‘pengganas’ melalui siri serangan pengeboman di Paris.

Terbaru, disebabkan oleh tragedi serangan tembakan rambang yang berlaku di San Bernardino, California, umat Islam di sana dilihat semakin dikecam dan dibenci.

Ini kerana kesemua suspek yang disenaraikan terlibat adalah orang Islam sendiri. Namun mereka sebenarnya terikat dengan ideologi dari puak pelampau Islam yang memperjuangkan keganasan dan berhaluan kiri.

Baca: Donald Trump ‘Tidak Layak’ Jadi Presiden AS – White House

Juga: Insiden Tembakan Di California ‘Agenda Pengganas’ – FBI


Selain itu, cadangan diusulkan calon Presiden dari Parti Demokrat, Donald Trump baru-baru ini yang gesa agar umat Islam dilarang menjejakkan kaki ke AS dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada masalah kebencian ini.

Kenyataan bodoh yang dikeluarkan Trump seolah-olah menggambarkan umat Islam adalah punca utama kepada setiap keganasan yang berlaku di atas muka bumi ini.

Disebabkan kenyataan itu juga, beliau telah diselar oleh beberapa wakil dari White House dan juga Pentagon.

Terkini pihak polis di Philadelphia sedang menjalankan siasatan berhubung kes kepala babi ini. Wakilnya, Leeloni Palmiero memberitahu stesen CNN semalam. – Sumber: CNN/MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=LKkrTngfU9E]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori