Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda New...

Nina Iskandar Belum Ada...

PELAKON berasal dari Brunei, Nina Iskandar mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka...

Kemuncak Pemberian Vaksin Pada...

PUTRAJAYA - Kerajaan yakin Jun, Julai dan Ogos menjadi kemuncak kepada pemberian vaksin...

Kelar Anak: JKM Pahang...

KUANTAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang kini memberi bantuan kaunseling kepada anggota...

UMNO Tidak Sesekali Apologetik Pertahan Agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan UMNO tidak akan sesekali apologetik dalam mempertahankan agenda Bumiputera, sekali pun ketika berunding dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Bahkan, kata Najib, Malaysia telah mencatat sejarah apabila anggota TPPA menerima dan mengiktiraf Dasar Bumiputera sebagai sebahagian daripada terma-terma TPPA di peringkat global.

“Ertinya, perjuangan UMNO sudah berjaya, dan agenda Bumiputera bukan lagi sekadar menjadi agenda nasional.

“Sebaliknya kini, agenda Bumiputera sudah diangkat dan diiktiraf di persada dunia,” jelas Najib dalam ucapan beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Najib dalam ucapannya yang bertajuk ‘UMNO: Menyempurnakan Sebuah Perjuangan’, turut berkata TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif, merangkumi pelbagai skop dan bidang.

TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama yang mengiktiraf agenda Bumiputera negara.


Sejumlah 12 negara terlibat dalam TPPA — Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam, yang telah memuktamadkan rundingan di Atlanta Oktober lepas.

Antara kandungan teks akhir TPPA yang dikeluarkan pada 5 November ialah hak kedaulatan Malaysia tidak akan hilang di bawah TPPA, dan kerajaan akan mengekalkan hak untuk mengawal selia kepentingan awam, termasuk langkah-langkah yang diambil untuk melindungi manusia, tumbuhan dan haiwan dan keselamatan negara.

Dalam perkara membabitkan pemerolehan kerajaan, 30 peratus peruntukan bagi kontraktor Bumiputera dalam perkhidmatan pembinaan terbuka kepada anggota TPP; manakala Perusahaan Milik Negara akan mempunyai fleksibiliti untuk memberikan keutamaan kepada pembekal Bumiputera sehingga 40 peratus daripada pembelian tahunan.

Kandungan TPPA dan dua kajian impaknya yang akan dibentangkan di Parlimen pada Januari depan, memerlukan kelulusan Parlimen sebelum diratifikasikan dalam tempoh dua tahun selepas ditandatangani. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori