SEORANG ahli perniagaan mencetuskan perdebatan dalam media sosial selepas memegang sepanduk meminta supaya orang ramai tidak memberikan wang kepada dua pengemis kerana mereka menolak tawaran pekerjaan yang diberikan olehnya.
Usahawan Amerika Syarikat berkenaan yang hanya dikenali sebagai `Mike’ memegang sepanduk itu di sebelah dua lelaki tersebut.
Sepanduk lelaki pengemis itu “Tiada duit dan lapar’ manakala sepanduk yang dipegang Mike pula “Telah tawarkan pekerjaan kepada mereka. Mereka menolak. Jangan beri wang’ .
Menariknya Mike berdiri di sebelah dua lelaki pengemis berkenaan.
Menurut anak saudaranya, Michael Wooldridge, yang menetap di Iowa, bapa saudaranya itu telah menawarkan kerja kepada dua lelaki itu memandangkan dia memang memerlukan pekerja ketika ini.
“Malangnya dua lelaki itu menolak dan memberitahu mereka memerlukan wang dengan segera. Bapa saudara saya kemudiannya mengekori mereka hingga ke tempat menunggu bas.
“Dia kemudiannya mengangkat sepanduk dan berdiri di sebelah mereka,’’ katanya.
Namun netizen mempunyai pandangan yang berbeza dengan ada yang menyokong, tidak kurang pula yang menyatakan Mike tidak sepatutnya berbuat demikian. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]oZvYvOkqxA8[/wpdevart_youtube]