Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mahkota RM4.74j Dicuri Dari...

LYON - Sebuah mahkota kurun ke-19 yang bertatahkan hampir 1,800 butir permata dan...

Bagi Alasan Didera, Isteri...

SEORANG wanita mendakwa dirinya didera oleh suami sebagai alasan untuk mengarahkan teman lelaki...

Zizan Razak Mohon Maaf...

PELAKON dan pengacara popular, Zizan Razak menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada pengarah...

Bomba Perlis Kaji Keperluan...

KANGAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perlis akan mengkaji keperluan mewujudkan...

Vape: Individu Pertama Didakwa Di Mahkamah

SEORANG peniaga berusia 27 tahun menjadi individu pertama di Kelantan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, pada Selasa atas kesalahan membabitkan penjualan cecair rokok elektronik atau vape.

Tertuduh, Muhd Azahar Safie, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki cecair racun jenis nikotin sebanyak 518 mililiter (ml) tanpa diberi sebarang kuasa atau kebenaran yang sah.

Mengikut pertuduhan, Muhd Azahar didakwa melakukan kesalahan itu sebuah premis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, pada jam 11.15 malam, 5 November lalu.

Kes ini dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.


Susulan penafian yang dibuat tertuduh, mahkamah menangguhkan kes itu ke tarikh sebutan semula pada 14 Januari depan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000.

Sumber: Sinar Harian

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=YWl7Z1GjfDk]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori