Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Malaysia Di Tempat Ketiga...

KUALA LUMPUR - Skuad Hoki Wanita negara mengakhiri kempen Kejohanan Siri Final Wanita...

Politikus Perlu Berani Debat,...

UMUM telah pun ketahui bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan tiba pada...

Ketua Balai Polis Kulim...

KULIM - Ketua Balai Polis Kulim Hi-Tech Park, Penolong Penguasa Chua Poh Teik,...

Kes Rabies Dikesan Di...

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini melaksanakan pemvaksinan anjing-anjing bertuan di...

Video: “Parang Aku Lagi Besar Dari Parang Kau”

SATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aksi ‘parang memarang’ antara perompak dengan seorang jurujual wanita berani, kini menjadi viral.

Video yang dikongsikan Malaysian Crime Awareness Campaign itu dilaporkan berlaku di Kuala Terengganu, sekitar jam 1 petang, pada Jumaat.

Dalam rakaman tersebut suspek yang mengenakan topi keledar dilihat memasuki kedai dan menyamar sebagai pembeli, sebelum menuju ke kaunter bayaran lalu mengeluarkan sebilah parang yang disembunyikan untuk merompak.


Jurujual Keluar Parang Lawan Perompak Di… oleh mynewshub

Bagaimanapun, juruwang kedai itu kemudiannya turut menarik keluar parang yang lebih besar di bawah meja kaunter untuk mempertahankan dirinya.

Kedua-dua mereka seterusnya ‘bertempur’ sebelum si perompak melarikan diri, mungkin akibat terkejut dengan keberanian jurujural wanita terbabit.

Jurujual wanita terbabit pula, dilihat tidak gentar langsung apabila mengejar perompak terbabit dengan parang di tangannya.


Video berkenaan menerima banyak komen daripada netizen yang kagum dengan keberanian wanita itu mempertahankan dirinya dan juga kedai.

Seorang pengguna Facebook, Wandy Yell mengulas, “Respect-lah dgn cashier ni.. Beranii kott.. Gila ko ssh nak jumpa brani lawan mcm ni.. Semoga Allah melindungi yg benar.”

“Awesome! Perompak itu hampir kehilangan kepalanya ketika berlawan. Haha,” tulis Shaina Ramkal.

Rata-rata turut memberi komen kesemua pemilik kedai seharusnya, turut melengkapkan premis mereka dengan senjata yang boleh digunakan pekerja bagi mempertahankan diri jika keadaan memerlukan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq Ahmad Ehsan

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori