KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd. Akin akan memberi tiket percuma kepada semua penduduk Bukit Katil bagi menonton filem Star Wars- The Force Awakens di panggung wayang.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi tiket percuma tersebut bagi tayangan filem berkenaan di panggung wayang di Melaka pada 30 Disember ini.
“Lokasi di Cineplex LFS, Dataran Pahlawan Melaka pada pukul 8.30 malam,” katanya menerusi satu risalah berhubung perkara itu semalam.
Shamsul Iskandar berkata, tiket percuma itu bagaimanapun hanya diberikan kepada penduduk Bukit Katil berusia antara 21 hingga 35 tahun.
Orang ramai yang mahu mendapatkan tiket percuma daripada wakil rakyat Bukit Katil itu diminta menghantar nama dan nombor MyKad mereka melalui khidmat pesanan ringkas atau Whatsapp kepada 012-972 7392.
Ramai melihat langkah tersebut sebagai usaha pemimpin pembangkang berkenaan mendekati dan meraih sokongan penduduk Bukit Katil terutama golongan muda di kawasan parlimen berkenaan. – MYNEWSHUB.CC
[wpdevart_youtube]z0OIPggil7k[/wpdevart_youtube]