Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kereta Dikhuatiri Terjunam Ke...

SEBERANG PERAI - Sebuah kereta dikhuatiri terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam...

Wanita Disyaki Mangsa Bunuh...

GEORGETOWN: Wanita yang disyaki dibunuh suaminya di sebuah apartmen di Paya Terubong di...

Isu KXP: Bina Lapangan...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Kerajaan Persekutuan menindas mana-mana negeri...

Telco Usaha Atasi Masalah...

KUANTAN - Semua 13 syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini sedang berusaha menambah...

Dapat Hak Untuk Mati, Tolak Rawatan Untuk Buah Pinggang

Seorang wanita berjaya memperolehi hak untuk menolak rawatan bagi penyakit buah pinggang yang dialaminya kerana dia enggan hidup lagi dengan alasan hidupnya sudah tidak berseri lagi.

Wanita itu yang sebelum ini hidup dalam glamor, tidak mahu menjadi tua, buruk dan hodoh.

Hakim Justice MacDonald ketika memutuskan perkara itu berkata meskipun keputusan yang dibuat oleh wanita berkenaan untuk menolak rawatan boleh disifatkan sebagai tidak bijak dan tidak bermoral, namun wanita itu mempunyak hak ke atas badannya sendiri.

Wanita yang tidak dinamakan itu mengalami kerosakan buah pinggang akibat pengambilan dadah yang berlebihan ketika mahu membunuh diri.

Pakar perubatan sebelum ini berhujah bahawa pemikiran wanita itu tidak berfungsi dengan baik ketika dia membuat keputusan menolak rawatan buah pinggang tetapi permohonan daripada doktor untuk memaksa rawatan ke atasnya telah ditolak hakim.

“Keputusannya tidak selari dengan jangkaan masyarakat dan ia juga dianggap sebagai tidak wajar, tidak logik atau tidak bermoral tetapi mahkamah berpuas hati berdasarkan Akta Keupayaan Mental 2005, dia mempunyai kapasiti untuk memutuskan sama ada menerima atau menolak rawatan.


“Oleh itu mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan,’’ kata hakim.

Wanita itu mempunyai beberapa orang anak perempuan dan cucu. Dia sebelum ini mengalami masalah rumahtangga dan kewangan hingga mengambil keputusan untuk membunuh diri, namun tidak berjaya.

Dia juga menghidap kanser payudara.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori